Monday, 28 January 2013

JENIS-JENIS PELAJAR

Berdasarkan pengalaman selama 4 tahun mengajar asas berenang, di sini saya dapat klasifikasikan beberapa jenis pelajar sewaktu mereka belajar untuk berenang. Sebenarnya setiap tahap pelajar adalah berbeza dengan pelajar yang lain oleh kerana itu saya sudah maklumkan sejak awal lagi untuk kelas pertama kerana ada sesetengah pelajar perlukan lebih masa untuk menguasai teknik renangan oleh kerana beberapa perkara. Ini adalah di antara "gelaran" yang saya kelaskan sendiri kepada pelajar supaya kita boleh membezakan tahap antara satu sama lain. 

SPONGE
Seperti sifat span yang sukar untuk tenggelam di dalam air, pelajar seperti ini selalunya sudah semulajadi mempunyai water confidence kerana walaupun mereka tidak tahu untuk berenang, namun mereka sangat mudah untuk terapung di dalam air walaupun di tempat yang dalam. Pelajar seperti ini hanya perlu fokuskan kepada teknik yang betul supaya mereka boleh berenang dengan baik.




TORTOISE 
Anda pernah melihat kura-kura berenang? Kebanyakan pelajar adalah tergolong dalam kategori ini kerana mereka masih di antara cuba untuk berenang dan membiasakan diri dengan air . Untuk mengenalpasti pelajar sebegini kita boleh melihat sewaktu mereka berenang, bahagian bawah badan mereka sentiasa tenggelam (dari pinggang sehingga ke kaki). Pelajar seperti ini ada dua jenis, sama ada mereka mudah membiasakan diri supaya terapung atau mereka masih lagi tenggelam apabila mereka berenang. Bagi yang susah untuk terapung, sebenarnya bukan mereka tidak boleh berenang cuma mereka perlukan masa lebih dari yang lain untuk mendapatkan "feel" dalam air.




KAYU
Pelajar seperti ini sebenarnya boleh di kenalpasti apabila mereka cuba untuk terapung, mereka benar-benar kelihatan seperti kayu. Mengapa saya katakan seperti kayu? Sebenanya mereka bukanlah di ibaratkan kayu cuma kita boleh merasa bertapa kakunya badan mereka apabila kita menyuruh mereka cuba apungkan dan cuba rileks di dalam air. Mereka kelihatan seperti kayu kerana otot dalam tubuh mereka sangat kaku "their muscle too stiff" di dalam air kerana mereka cuba mengapungkan diri menggunakan daya otot dalam tubuh badan mereka sendiri. Untuk mengapungkan diri, sebenarnya semakin kita relaks di dalam air, semakin mudah untuk kita terapung di atas air.




KUCING
Sifat semulajadi kucing yang majoritinya takutkan air, ia juga adalah salah satu kategori yang kita dapat kenalpasti kerana pelajar seperti ini sebenarnya bukan tidak mahu belajar berenang tetapi sebenarnya mereka fobia dengan air. Mungkin mereka pernah melalui pengalaman hitam berkaitan dengan air atau mereka tidak pernah di dedahkan persekitaran air jadi mereka merasa air itu tidak selamat dan mereka takut untuk mencuba. Pelajar sepeti ini juga memerlukan tempoh yang lama untuk belajar berenang kerana mereka perlu di dedahkan dengan kebiasaan dengan air dahulu supaya mereka boleh mendapat water confidence. Pada peringkat ini, mereka perlu di beri motivasi dan semangat bagi mereka mengatasi fobia di dalam air itu sendiri supaya mereka berani untuk meneruskan langkah seterusnya iaitu bermain-main dengan air. Setelah mereka sudah rasa selesa berada di dalam air, barulah mereka boleh di dedahkan dengan teknik berenang dengan baik.





Nota Ringkas: Ini adalah antara kategori utama yang saya dapat kenalpasti dan terdapat pelbagai jenis jenis   pelajar sebenarnya dan lain jenis haruslah lain cara pendekatannya dan yang paling penting, pelajar haruslah YAKIN DIRI DAN BERFIKIRAN POSITIF untuk maju dalam pembelajaran renang ini =)


2 comments:

  1. Replies
    1. Hehe. Dah try ke? Nevermind, someday u boleh jadi mcm span jgk.

      Delete