Wednesday, 27 February 2013

SWIM LOVERS MUST READ!

Selamat pagi!!! 

Hari ini saya nak berkongsi sebuah cerita mengenai saya dan sebuah buku. Saya sudah lama mengambil voucher buku BRIM RM250 dan saya nekad untuk menyimpan voucher ini untuk membeli buku apabila buka semester nanti untuk mengurangkan perbelanjaan buku di luar keperluan seperti tahun lepas. 

Pada masa itu, kawan saya ni ajak saya teman ke kedai buku POPULAR kerana dia ingin menggunakn voucher buku tersebut untuk membeli alat tulis dan buku yang dia minati. Sedang saya menemani dia, saya pun tercari-cari buku mengenai renang kerana buku mengenai topik sebegitu sukar untuk di dapati di kedai buku. Malangnya buku yang saya harapkan tidak ada jadi saya pun belek-belek buku mengenai kesihatan dan diet.

Tiba-tiba saya terlihat ada beberapa buah buku yang di balut dengan plastik, saya saja tengok kulit buku tu tapi saya taklah berminat kerana ianya bukanlah buku teknik untuk mengajar renang seperti mana yang saya harapkan tapi hati ni semakin kuat untuk tahu isi kandungan buku tu. Saya pun memanggil kawan saya, nana ke sini..

Zahra: Nana, kau tengok buku ni, mcm best aje. Aku nak tengok buku ni tapi dia  balut pulak.
          Nana: Boleh bukak ke?
Zahra: Ala, kau cover aku jap, aku nak try bukak je. Nanti aku simpan balik. Nak tengok isi je..harga boleh tahan, tak nak la aku rembat je bawak ke kaunter.
Nana: Suka hati Zahra la


Oleh kerana saya ini bukan jenis berani buat perkara di luar etika, saya pun tanya kakak di kedai buku POPULAR yang sedang sibuk susun stok buku sama ada saya boleh lihat atau tidak kandungan buku itu. Akhirnya kakak itu bukakan plastik buku tersebut.

Anda nak tahu kenapa? Adakah ia sesuai bagi orang yang baru berjinak ataupun sudah lama menceburi dalam bidang renang tetapi masih mencari-cari bahan bacaan yang menarik dengan minat anda??


SWIM FOR LIFE BY GREG WHYTE





Semestinya YA! Oleh itu saya rekemenkan buku ini sebagai bahan bacaan anda jika anda masih tercari-cari bahan bacaan apa yang terbaik untuk anda gunakan sebagai rujukan kerana akhirnya saya beli juga buku itu menggunakan voucher buku yang saya simpan kerana sayang untuk di gunakan untuk beli bahan buku biasa. 


Kenapa?

Ia kerana buku ini bagi saya ia agak lengkap bagi penggemar bidang renang ini. Ia meliputi pelbagai aspek seperti:


  1. Basic stroke technique
  2. Open water swimming technique
  3. Proper diet for swimmers
  4. Proper stretching for swimming
  5. Strength & Conditioning for swimming
  6. Training program for beginners, intermediate and advance swimmers.
dan semuanya berkaitan dengan renang dari teknik sehinggalah ke penjagaan diri untuk sukan renang.


Kenapa saya cadangkan bahan bacaan ini? 

Buku ini di tulis oleh bukan calang-calang orang kerana buku ini di tulis oleh Greg yang berpengalaman sebagai atlet bertaraf international dan status beliau sebagai "one of the world's leading sports scientists. Jadi bahan ini boleh di dapati dengan visual yang jelas,cantik dan sumber yang boleh di percayai kerana Greg merupakan penulis yang berpengalaman dan berilmu dalam bidang ini.

Harga? 
Ianya sungguh berpatutan dengan isi kandungannya kerana saya beli buku ini dengan harga RM69.90 sahaja di kedai buku terkemuka.


P/S: Eh, macam jual buku pula saya ni. Tapi benda bagus tak salah di kongsi bersama kan?

No comments:

Post a Comment