Monday, 28 January 2013

JENIS-JENIS PELAJAR

Berdasarkan pengalaman selama 4 tahun mengajar asas berenang, di sini saya dapat klasifikasikan beberapa jenis pelajar sewaktu mereka belajar untuk berenang. Sebenarnya setiap tahap pelajar adalah berbeza dengan pelajar yang lain oleh kerana itu saya sudah maklumkan sejak awal lagi untuk kelas pertama kerana ada sesetengah pelajar perlukan lebih masa untuk menguasai teknik renangan oleh kerana beberapa perkara. Ini adalah di antara "gelaran" yang saya kelaskan sendiri kepada pelajar supaya kita boleh membezakan tahap antara satu sama lain. 

SPONGE
Seperti sifat span yang sukar untuk tenggelam di dalam air, pelajar seperti ini selalunya sudah semulajadi mempunyai water confidence kerana walaupun mereka tidak tahu untuk berenang, namun mereka sangat mudah untuk terapung di dalam air walaupun di tempat yang dalam. Pelajar seperti ini hanya perlu fokuskan kepada teknik yang betul supaya mereka boleh berenang dengan baik.




TORTOISE 
Anda pernah melihat kura-kura berenang? Kebanyakan pelajar adalah tergolong dalam kategori ini kerana mereka masih di antara cuba untuk berenang dan membiasakan diri dengan air . Untuk mengenalpasti pelajar sebegini kita boleh melihat sewaktu mereka berenang, bahagian bawah badan mereka sentiasa tenggelam (dari pinggang sehingga ke kaki). Pelajar seperti ini ada dua jenis, sama ada mereka mudah membiasakan diri supaya terapung atau mereka masih lagi tenggelam apabila mereka berenang. Bagi yang susah untuk terapung, sebenarnya bukan mereka tidak boleh berenang cuma mereka perlukan masa lebih dari yang lain untuk mendapatkan "feel" dalam air.




KAYU
Pelajar seperti ini sebenarnya boleh di kenalpasti apabila mereka cuba untuk terapung, mereka benar-benar kelihatan seperti kayu. Mengapa saya katakan seperti kayu? Sebenanya mereka bukanlah di ibaratkan kayu cuma kita boleh merasa bertapa kakunya badan mereka apabila kita menyuruh mereka cuba apungkan dan cuba rileks di dalam air. Mereka kelihatan seperti kayu kerana otot dalam tubuh mereka sangat kaku "their muscle too stiff" di dalam air kerana mereka cuba mengapungkan diri menggunakan daya otot dalam tubuh badan mereka sendiri. Untuk mengapungkan diri, sebenarnya semakin kita relaks di dalam air, semakin mudah untuk kita terapung di atas air.




KUCING
Sifat semulajadi kucing yang majoritinya takutkan air, ia juga adalah salah satu kategori yang kita dapat kenalpasti kerana pelajar seperti ini sebenarnya bukan tidak mahu belajar berenang tetapi sebenarnya mereka fobia dengan air. Mungkin mereka pernah melalui pengalaman hitam berkaitan dengan air atau mereka tidak pernah di dedahkan persekitaran air jadi mereka merasa air itu tidak selamat dan mereka takut untuk mencuba. Pelajar sepeti ini juga memerlukan tempoh yang lama untuk belajar berenang kerana mereka perlu di dedahkan dengan kebiasaan dengan air dahulu supaya mereka boleh mendapat water confidence. Pada peringkat ini, mereka perlu di beri motivasi dan semangat bagi mereka mengatasi fobia di dalam air itu sendiri supaya mereka berani untuk meneruskan langkah seterusnya iaitu bermain-main dengan air. Setelah mereka sudah rasa selesa berada di dalam air, barulah mereka boleh di dedahkan dengan teknik berenang dengan baik.





Nota Ringkas: Ini adalah antara kategori utama yang saya dapat kenalpasti dan terdapat pelbagai jenis jenis   pelajar sebenarnya dan lain jenis haruslah lain cara pendekatannya dan yang paling penting, pelajar haruslah YAKIN DIRI DAN BERFIKIRAN POSITIF untuk maju dalam pembelajaran renang ini =)


BIODATA ZAHRA

Nama: Zahra Ma'soumah Binti Abdul Halim
Umur: 22 Tahun

Akademik:
Diploma Pengajian Sukan UiTM
Sedang menuntut dalam jurusan Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian), UiTM

Pengalaman:
11 tahun pengalaman berenang
9 tahun pengalaman sebagai perenang selat
4 tahun pengalaman sebagai jurulatih renang
4 tahun pengalaman sebagai penyelamat kelemasan
Mewakili universiti dalam sukan renang  (MASUM & SUKIPT)

Pencapaian:
3 Malaysia Book of Records (2006, 2007, 2010)
  •   2010- Selat Melaka (Indonesia-Malaysia)                                     60km  
  • 2007-Selat Melaka  (Pulau Langkawi-Kuala Perlis)                      43km   
  • 2006-Selat Dindings (Pulau Pangkor-Lumut)                                8.9km
Percubaan Selat Inggeris
Anugerah Belia Negara Peringkat Kebangsaan
Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri
Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS)

Sijil Penyelamat:
Bronze Medallion
Bronze Cross Certificate
Merit Certification
International Lifesavings (ILS)
Bronze Medallion Instructor
Expired Air Resuscitation (EAR)
*able to do CPR



Anugerah Belia Negara 2010, PICC, Putrajaya
Majlis Sukan Universiti Malaysia 2010 (MASUM)

Percubaan Merentasi Selat Inggeris 2009








KELAS RENANG MUSLIMAH

Anda mahu berenang tetapi tiada tempat yang sesuai untuk pelajari? 
Anda sukar mencari jurulatih renang wanita?
Anda perlukan masa belajar dengan personal instructor wanita anda sendiri?

Di sini saya ingin berkongsi info di mana saya ada menawarkan khidmat mengajar renang untuk wanita yang ingin belajar berenang. (Beginners)

PRIVATE CLASS

Nadi Annissa Muslim Women Organization
Lokasi    :   No.2, Jalan 20/6, Taman Paramount, 
                   46300 Petaling Jaya, Malaysia
Tempoh  :  10 jam
Kelas      :   Setiap Sabtu (2.30pm-4.00pm) & (4.00pm-5.30pm)
Yuran      :   RM400
E-mail     :  asofiayati@yahoo.com (Pengurusan)

Jadual Kelas:
a) 2.30pm-4.00pm (1 jam 30 min) 1 Kumpulan: 4 orang sahaja
b) 4.00pm-5.30pm (1 jam 30min) 1 Kumpulan: 4 orang sahaja
* Sila nyatakan kelas yang mana yang anda berminat



Kolam Renang Nadi Annissa, Petaling Jaya



Untuk pengetahuan anda, Nadi Annissa merupakan sebuah kelab muslimah yang terletak di Petaling Jaya. Pelbagai aktiviti yang berunsurkan keagamaan dan riadah di adakan di sini. Bagi anda yang tercari-cari untuk mendapatkan kelas renang yang tertutup, inilah tempat yang sesuai dan kolam renang ini ialah outdoor namun ia tertutup dari pandangan luar dengan kedalaman 1.2meter sahaja. Ia juga berbumbungkan kain rentang supaya anda tidak terkena "sunburn" setelah belajar berenang di sini. Kelas di sini agak private kerana tempat terhad hanya kepada 3-4 orang sahaja. Sila book dahulu sebelum mendaftar.


PERSONAL CLASS 
Lokasi   : Kondominium kediaman anda sendiri / Kolam renang persendirian rumah anda
                (Sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya)
Tempoh : 10 jam
Masa     : Boleh di runding
Harga    : RM500 ke atas 


Pembelajaran yang di tawarkan sepanjang kelas renang:
a. Beginners basic
b. Breastroke
c. Freestyle/ Front crawl
d. Backstroke/ Back crawl
e. Basic Butterfly









Sunday, 27 January 2013

SELAMAT DATANG

Salam semua, sudah lama saya tak bergiat aktif di blog kerana akaun lama saya sudah tidak boleh akses lagi.

Silalah berkunjung di blog saya ni dengan paparan baru bukan sahaja setakat pengalaman lama berenang di lautan malah saya juga akan berkongsi info tentang maklumat tambahan terutamanya pada blog kali ini iaitu mengenai kelas renang. 

Sebelum itu, saya nak berkongsi sedikit mengenai kebaikan berenang:

HADITH Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”
                                                                  (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)

Menurut pandangan Islam, Rasulullah sendiri juga menggalakkan kita untuk belajar berenang. Apakah kepentingan berenang ini?


SENAMAN YANG MELIBATKAN SELURUH ANGGOTA
Untuk mengekalkan kesihatan tubuh, mengapa perlu bersusah payah untuk melatih badan kita dengan pelbagai pergerakan yang tertumpu kepada otot tertentu sedangkan berenang sendiri melibatkan seluruh otot iaitu dari hujung kepala hinggalah ke hujung kaki dalam satu pergerakan yang berterusan. Bukan itu sahaja, ia juga membantu meningkatkan daya tahan kardiovascular, koordinasi, kestabilan dan fleksibiliti tubuh. All-in-one...Mudah bukan??

MENINGKATKAN KESIHATAN TUBUH
Mengapa ia meningkatkan kesihatan tubuh? Sudah tentulah ia membantu meningkatkan kesihatan tubuh kerana aktiviti ini akan melibatkan sistem pernafasan  (sistem pulmonari) dan secara tidak langsung meningkatkan sistem kardiovaskular kerana jantung akan mengepam dengan laju untuk mendapatkan kadar oksigen yang di perlukan oleh badan yang sangat tinggi saat kita sedang berenang. Sebab itulah anda merasa semput dan penat apabila anda baru mahir untuk berenang. Dalam kata lain "during swimming, our body demands more oxygen because we feels exhausted during controlling the breathing". Perlu di ingatkan juga, penghidap asthma sangat bagus menjalankan aktiviti ini kerana ia dapat membantu aktifkan sistem pernafasan anda. (Kawan saya seorang penghidap asthma telah hilang asthmanya dengan sendiri sejak dia melibatkan dirinya dalam sukan renang)

SENAMAN YANG KURANG BERISIKO
Tahukah anda, apabila anda jadikan berenang sebagai aktiviti riadah anda secara tidak langsung ia merupakan aktiviti yang kurang berisiko kerana impak di dalam air lebih rendah berbanding di darat. Kita tidak terdedah kepada risiko untuk jatuh, hentakan yang berulangan pada sendi dan tiada faktor luar yang lain yang mengundang keceredaan buat anda. Lemas?? Itu bukan risiko aktiviti riadah jika anda sudah pandai berenang melainkan anda kejang otot (muscle cramp) dan anda perlu ingat, JANGAN PANIC! Apungkan diri anda dalam keadaan terlentang (Supine position) dan  perlahan-lahan tenangkan diri supaya sampai ke tempat untuk berehat ataupun panggilah unit penyelamat untuk menarik anda sendiri. Punca pengunjung yang mahir berenang lemas adalah kerana mereka panik sewaktu mereka kejang dalam air dalam. Renang juga baik untuk tubuh kerana ia merupakan "resistance exercise" untuk semua peringkat umur dan juga untuk pesakit yang menjalani pemulihan atau rehabilitasi.

SURVIVAL SKILLS 
Kepada "Watersapiens" yang saya kasihi, tahukah anda berenang juga merupakan survival skill yang patut ada pada setiap orang. Mengapa?  Jika anda mahir berenang, anda pasti akan ada "water confidence" dan sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini seperti anda terjatuh di kawasan air yang dalam, banjir yang teruk, feri karam, tsunami dan sebagainya. Sekurang-kurangnya anda boleh menggunakan skill renangan anda sebagai talian hayat terakhir anda untuk menyelamatkan diri. Memang jodoh, ajal dan maut itu semua di tangan tuhan tetapi jika kita tidak berusaha, mana mungkin nasib akan mengubah kita. RENUNGKAN :)

MEMBANTU MENINGKATKAN KECERDASAN EMOSI
Kecerdasan emosi? Apa kaitannya dengan renang? Dengan berenang, anda dapat menenangkan fikiran kerana anda perlu relaks sewaktu anda berenang dan anda hanya fokus pada diri anda sahaja tanpa memikirkan suasana di sekeliling anda. Jadi, anda akan ada masa untuk diri anda sendiri untuk tenangkan fikiran. Anda setuju? Jika tidak, fikirlah sendiri mana ada manusia yang sedang berenang akan bercakap-cakap dengan kawannya yang juga sedang berenang melainkan anda melakukan teknik apungan di atas air. Ia juga mampu meningkatkan self confidence dalam diri anda kerana water confidence akan wujud di saat anda berenang di tempat yang dalam. Saya mudah sekali mengenali insan yang tiada keyakinan diri di saat mengajar pelajar yang saya kasihi berenang. Kepandaian berenang bukan terletak pada manusianya, ia sebenarnya terletak kepada keyakinan diri sendiri dan gigih untuk berusaha secara berterusan. Ingat ye semua! 



LET'S GO FOR A SWIM!